Tuesday, April 14, 2009

Vacancies in DBKL

Permohonan untuk jawatan dalam perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut :
[ Sila klik di sini untuk melihat iklan dan keterangan lanjut ]

A. JAWATAN YANG DITAWARKAN
[ Sila klik nama jawatan bagi muat turun borang permohonan ]
1 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)
2 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 (KONTRAK)
3 PEMBANTU PENILAIAN GRED W17 (KONTRAK)

* bagi semua jawatan di atas, borang perjawatan (DBKL(P)-J/1) boleh dimuat turun melalui portal ini SAHAJA. Sila klik jawatan yang berkenaan.
* jika iklan dan borang tidak boleh dipapar, sila muat turun Adobe Reader (klik di sini untuk muat turun Adobe Reader). Adobe Reader adalah perisian untuk memaparkan fail dalam format (.pdf).

B. UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
(i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

C. CARA MEMOHON
(i) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari portal Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari
http://www.dbkl.gov.my
(ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport.

D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

Sebelum atau pada : 21 April 2009 (Hari Selasa)

E. CATATAN
(i) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(ii) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(iii) Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment